Nabi Ibrahim berdoa bersama dengan Nabi Ismail ketika membangunkan Kaabah
Ya Tuhan kami bangkitkanlah seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri (yang kerjanya) membaca ayat-ayat Engkau kepada mereka, mengajar kitab dan hikmah kepada mereka dan mensucikan diri mereka. Al-Baqarah 129
Sungguh-sungguh Allah SWT telah memberikan nikmat atas orang beriman tatkala mengutus di tengah-tengah mereka seorang Rasul (yang tugasnya) membacakan ayat-ayatNya kepada mereka mengajar kitab dan hikmah kepada mereka dan menyucikan diri mereka. Al-Imran 164.
Seperti Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan agama Islam baginda bermula di masjid sehingga amalan Nabi menjadi amalan Masjid Nabawi
Dialah Allah yang telah membangkitkan seorang Rasul dikalangan mereka yang ummi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri (yakni tugasnya) membacakan ayat-ayat mereka(dakwah) mengajarkan kitab dan hikmah(taklim wa taklum) dan mensucikan mereka (tazkiyah), dan adalah kamu sebelumnya dalam keadaan sesat. Al-Jumaat 2.
Dakwah adalah membacakan ayat-ayat Allah iaitu mengubah yakin manusia daripada yakin kepda makhluk kepada yakin kepada kudrat Allah.
BalasPadamTaklim wa taklum adalah mengajar al-kitab dan hikmah iaitu mengubah adat istiadat kepada sunnah kerana diajarkan tentang imaniat , ibadat , muamalat , muasyarat dan akhlakiat Nabi Muhammad SAW
BalasPadamTazkiyah adalah penyucian diri iaitu zikir , ibadat dan khidmat. Zikir dan ibadat menghilangkan kemaksiatan umat sebagaimana ayat
BalasPadam“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan)keji dan mungkar” Al-Ankabut 45.
Manakala khidmat untuk menyatukan umat.
Jika keempat-empat amalan ini wujud seluruh persoalan umat dapat diselesaikan dan menjadi hidayat seluruh alam. Sedangkan jika amalan ini terpisah tiada kekuatan dapat merubah keadaan orang Islam bahkan hakikat amal akan tercabut dari umat.
BalasPadam